New Place, New Life, New Adventure



Assalamualaikum..


Hai2 people..!:D Sememangnya aku rasa sangat la seronok bila dapat menghapdate blog aku yang tercinta muahh2! ni. Lagipun sekarang kan tengah mid-sem break..yihooooo!! Hewhewhew. 

Baiklah ibuk2 dan bapak2 sekalian, kali ni aku nak share dengan korang bout my new life kat Sabah negeri di bawah bayu ni. Yes, masa mula2 nak datang sini dulu punya la cuak tahap babun punggung merah.  But now, aku da mula adapt ngan kehidupan kat sini walaupun agak payah. Okay, aku akan ringkaskan segala aktiviti yang pernah aku buat sepanjang aku tercampak ke sini sampailah sekarang. Oceh? =)

So firstly, ofcoz la kalau mula2 masuk U or apa2 tempat belajar pun memang wajib ada hari orientasi kann? Kat UMS ni diorang panggil Minggu Suai Mesra. Bagi aku minggu orientasi kat sini boleh tahan seronok la jugak. Agak pack cuma biasalah kalau 'ter'skip aktiviti tu kan. Hehehe. Entry kali ni aku ada letak beberapa gambar tapi 'tak banyak' and maybe tak berapa menarik kot. Kot la an. Yela, snap pic pun guna fon je. Buat masa ni masih tak mampu nak beli gadget2 yang gempak2 macam orang lain. Biasa la tu. Student lagi kan.

Oraiteee..let the pictures talking!

Gambo ni masa Minggu Suai Mesra awal bulan September lepas..


Ha! ni la student2 baru yang masih segar dari ladang ye..hoho~

Kami lah batch yang paling ramai setakat ni..boleh masuk UMS Book of Record!
muahaha!
And mereka2 ni adalah those cool people yang tak pernah miss buat aku ketawa sepanjang minggu orientasi tu berlangsung. I miss all 'precious' things and time that we've spent together guys! Serious tak tipu. hehe.


Tadaaa! Ni la manusia2 yang cooooll tersebut..
Ayu ke layu ni?haha!

Chaakk!!

Yang ni pulak gambar masa first outing kami di bandar Kota Kinabalu (KK). Kitorang just jalan kaki je lepas turun dari terminal bas. Kat sana serious sangat banyak shopping complex. Gambar ni taken at Centre Point shopping complex atau lebih mesra dipanggil CP. Ngeee..:D

hehehe..:D
Muka cover cun..=.=
Lihatlah dunia betapa borosnya mereka2 ini..hahah!
Lepas menghabiskan duit kat sini, kami merabakkan dompet di pasar Philippines. Kat sana ada jual macam2 jenis mutiara and memang sangat cantik menarik kau memang the bom lah. Mata aku ni naik rambang sampai nak terjuling2 tengok hasil tangan peniaga kat sana. Takpe2. InsyaAllah di lain entry aku akan kasi tunjuk kat hampa semua suasana kat dalam pasar tu. Oraitee??


Yang ni pulak dok sebok menyetelkan dokumen2 penting PTPTN. Nak dapat duit tuu. Mesti pantas! Yeah!

Yeah..those document yang buatkan aku merentas
desa kejap untuk dapatkan cop..
Hah! Tuuu dia Pak Tam! Kena beratur seharian sampai boleh
tertido dalam barisan lagi. 
Yang ni pula masa2 sedih sebab kawan matriks aku dulu nak balik semenanjung sebab dia terima tawaran kat UM. Untunglah dapat balik semenanjung kan Nabila ooii. Haha. Apa2 pun aku doakan semoga dia berjaya and happy kat sana and aku kat sini pula perlu tabah teruskan perjuangan aku walaupun aku agak down dalam beberapa hari lepas tu. Hihi. Tapi I'm fine now wokeyh!

Di Terminal 2 Air Asia..
Sempat lagi berposing lepas menangis..haha!=)
Lepas hantar si budak Nabila ni, kami melepak sebentar ke Tanjung Aru. Sebenarnye kami ke sana bukanlah untuk bersuka ria tapi untuk mengurangkan kesedihan kami. Sambil mengurangkan kesedihan, sempat juga kami mencuci-cuci mata kami dengan air laut tu. Haha. Tipu.
Mencuci mata..hehehe..=P

Lepas mencuci mata, kami singgah di food court yang berdekatan. Makanan kat sana agak mahal tapi still boleh diterima akal lah sebab nama pun tempat pelancongan kann. And masa tu kami dah macam zombie yang kempunan otak manusia so kami pun hentam saja la labuu makanan kat situ.

Bakso & milo ais jadi pilihan..pedas2!
Baru2 ni UMS telah mengadakan Pesta Konvokesyen atau nama saintifik yang diberi adalah Pesta Tamu Gadang yang berlangsung selama seminggu. Tapi disebabkan oleh jadual yang sangat pack and assignment pun beribu-ribu lemon, aku tak berkesempatan untuk ambil gambar2 pada waktu tersebut. So, sorrylah sebab hanya mampu inform dengan statement je ye. Hehe. 

Other than that, selepas aku menjalankan pemerhatian aku dapati ramai student2 kat sini suka makan nasi kerabu mak cik cafe library di sini. Ye, warnanya sangat menarik and sangat mengenyangkan. Berbaloilah dengan harga RM4.50 tu kan.

Yummy!:D
Hm, aku rasa sampai sini  sajalah yang aku boleh share dengan korang about my life kat sini. Oh ya, maybe next entry aku akan story-mory tentang perkhemahan kelab Kembara yang aku join baru2 ni di Tambunan. InsyaAllah.




Abaikan botol sos cili tu..

That's all from me. Thanks for reading! =)

Takut!



Assalamualaikum..


Hyep!Owkayh..kali niy aku nak story mory pasal ketakutan aku yang semakin memuncak dari hari ke hari sampai dah menggeletaq lutut sehingga gugur bulu2 kaki so lepas niy dah tak payah shave....... Ok ayat tu sangat hyperbola boling intan. =.='

Back to the topic. Ketakutan yang aku rasa sekarang niy lepas aku dapat result upu. And apa yang merisaukan aku sampai sekarang ialah aku ditawarkan ke UMS a.k.a. Universiti Malaysia Sabah. And yg paling menyedihkan, aku dapat course yang paling akhir dalam bebanyak pilihan yang kat atas nuh which is Geologi.

Yes, memang aku pilih untuk pergi jauh2 nun kat hujung dunia nuh semata2 untuk course yang sangat aku minat iaitu Psychology but I didn't expect keadaan boleh turn out jadi macam niy. And aku rasa aku dah silap ambik course kat matriks dulu kott. Ye, saya budak Sains Fizikal yang belajar di Kolej Matrikulasi Perak..^^v

Semua persiapan untuk dokumen2 penting dah selesai. Hanya tinggal masa untuk packing barang2 dan nyah kau dari tanah semenanjung niy. Aku naik belon pulak lusa which is hari Ahad. Ok, tipu. Aku naik aeroplane okayh. And now, it's time to be takutt!!

Aku memang nak cuba berdikari tambahan pula aku memang ada niat nak post-graduate atau bekerja kat luar negara. InsyaAllah semoga cita2 aku tercapai. Tapi bercakap dan berangan memang sangat mudah dari nak menghadap kenyataan kan? And hell yeah aku dah tak boleh nak berundur ke belakang anymore!

Yang aku tau sekarang aku rasa sangat takut sebab bukan mudah nak hidup kat negeri orang lagi2 tempat yang jauh merentasi laut tu dan tak ada sedara-mara pon kat sana. Aku risau sebab aku bukan seorang yang mudah get along dengan tempat baru and persekitaran yang baru. Even dekat matriks dulu pon ramai yang kata aku sombong pada mulanya.

Ya, tak kenal maka tak cinta tapi manusia memang suka judge orang dari luar je like suka suki mak nenek jiran diorang. Aku takut jugak aku tak boleh bawak course yang memang aku tak tau dari mana datangnye susur galur dia yang tiba2 turun dari langit and membuatkan aku jadi down sampai macam niy.

And aku wonder siapalah bakal roomate aku nanti then boleh ke diorang terima perangai aku yang banyak kekurangannye niy. Haih, apalah yang jadi dengan hidup aku kat sana nanti? Boleh ke aku survive tanpa keluarga and best friend aku si Ameerah tu kat sana nanti?

Awwww..sangat manja statement kau diatas ye cik intan? 

Apa2 pon aku hanya berserah pada Allah dan mohon dipermudahkan segala urusan and kehidupan aku kat sana sampai habis 3 tahun tu nanti. And aku sangat2 berterima kasih kat kawan2 matriks, akak2 Guardian (FYI aku keje kat situ tau), sedara-mara and family aku yang banyak bersusah payah tolong aku sebelum aku nak berangkat niy, sentiasa support aku and tak jemu bagi aku kata2 semangat. Tak lupa juga kat Ameerah yang sanggup ikut aku ke hulu-hilir settlekan dokumen yang sangat menyusahkan and annoying cam taik kambing.

That's all. Thanks for reading. Ciow cincau!!^^v


Saya Budak Baru Belajar



Assalamualaikum..


Hye2~ hihik!! (gedik2 mintak kena sepak laju2). Aku terasa terlebih excited la pulek bila aku dengan jayanya berhempas-pulas, manghempas kepala kat dinding, dan menghempas segala yang ade kat sekeliling aku (termasuk adik aku kat sebelah ni) untuk menyiapkan, membentuk, memahat dan mengukir blog aku yang baru dan berkilat2 niy. HAHAHA (gelak macam wicked witch). Walaupun begitu, tujuan aku untuk buat blog yang serba kekurangan ni bukanlah untuk cari glamor (eh,boleh glamor ke nyah??) atau disebabkan terikut2 orang lain. Aku just nak share about my life dengan kawan2 aku dengan cara yang lain sikit instead of through Facebook or Twitter or ape2 je lah yang sama waktu dengannya. 

Sambil2 tu aku nak lerr jugak luahkan perasaan dekat sini sikit2 kannn.. Heheheh.. Yela, kadang2 kita nak la jugak luahkan perasaan kat something yang bukan benda hidup kann. Contohnya macam bercakap kat dinding ke, kat pokok ke, kat batu ke. Tapi itu kalau ko rase ko cukup daring dan pencinta alam sejati boleh la. Kadang2 manusia ni hanya boleh mendengar dan bersimpati je dengan kita. Tapi dorang tak boleh paham sebab dorang tak alami ape yang kita alami (macam la blog niy paham ngan kau nyah..=.=').

So, as a newbie dalam dunia blog ni banyak benda lagi yang aku patut belajar. Lagipun, aku ni dah la buta kayu, buta hati bab2 IT ni. Dah lama sebenonye aku terpikir nak buat blog ni cume tak ada keberanian dan ilham je macam mana nak start buat mendalah niyh. Btw, thanks to Zafirah a.k.a Panda coz kau banyak melalut, membebel, dan bagi input2 tentang blog2 niy (ececeh..cam ko pro je kann). Orait, that's all.

Thanks for your time. Ciow!!^^v


 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon