Takut!



Assalamualaikum..


Hyep!Owkayh..kali niy aku nak story mory pasal ketakutan aku yang semakin memuncak dari hari ke hari sampai dah menggeletaq lutut sehingga gugur bulu2 kaki so lepas niy dah tak payah shave....... Ok ayat tu sangat hyperbola boling intan. =.='

Back to the topic. Ketakutan yang aku rasa sekarang niy lepas aku dapat result upu. And apa yang merisaukan aku sampai sekarang ialah aku ditawarkan ke UMS a.k.a. Universiti Malaysia Sabah. And yg paling menyedihkan, aku dapat course yang paling akhir dalam bebanyak pilihan yang kat atas nuh which is Geologi.

Yes, memang aku pilih untuk pergi jauh2 nun kat hujung dunia nuh semata2 untuk course yang sangat aku minat iaitu Psychology but I didn't expect keadaan boleh turn out jadi macam niy. And aku rasa aku dah silap ambik course kat matriks dulu kott. Ye, saya budak Sains Fizikal yang belajar di Kolej Matrikulasi Perak..^^v

Semua persiapan untuk dokumen2 penting dah selesai. Hanya tinggal masa untuk packing barang2 dan nyah kau dari tanah semenanjung niy. Aku naik belon pulak lusa which is hari Ahad. Ok, tipu. Aku naik aeroplane okayh. And now, it's time to be takutt!!

Aku memang nak cuba berdikari tambahan pula aku memang ada niat nak post-graduate atau bekerja kat luar negara. InsyaAllah semoga cita2 aku tercapai. Tapi bercakap dan berangan memang sangat mudah dari nak menghadap kenyataan kan? And hell yeah aku dah tak boleh nak berundur ke belakang anymore!

Yang aku tau sekarang aku rasa sangat takut sebab bukan mudah nak hidup kat negeri orang lagi2 tempat yang jauh merentasi laut tu dan tak ada sedara-mara pon kat sana. Aku risau sebab aku bukan seorang yang mudah get along dengan tempat baru and persekitaran yang baru. Even dekat matriks dulu pon ramai yang kata aku sombong pada mulanya.

Ya, tak kenal maka tak cinta tapi manusia memang suka judge orang dari luar je like suka suki mak nenek jiran diorang. Aku takut jugak aku tak boleh bawak course yang memang aku tak tau dari mana datangnye susur galur dia yang tiba2 turun dari langit and membuatkan aku jadi down sampai macam niy.

And aku wonder siapalah bakal roomate aku nanti then boleh ke diorang terima perangai aku yang banyak kekurangannye niy. Haih, apalah yang jadi dengan hidup aku kat sana nanti? Boleh ke aku survive tanpa keluarga and best friend aku si Ameerah tu kat sana nanti?

Awwww..sangat manja statement kau diatas ye cik intan? 

Apa2 pon aku hanya berserah pada Allah dan mohon dipermudahkan segala urusan and kehidupan aku kat sana sampai habis 3 tahun tu nanti. And aku sangat2 berterima kasih kat kawan2 matriks, akak2 Guardian (FYI aku keje kat situ tau), sedara-mara and family aku yang banyak bersusah payah tolong aku sebelum aku nak berangkat niy, sentiasa support aku and tak jemu bagi aku kata2 semangat. Tak lupa juga kat Ameerah yang sanggup ikut aku ke hulu-hilir settlekan dokumen yang sangat menyusahkan and annoying cam taik kambing.

That's all. Thanks for reading. Ciow cincau!!^^v


0 meow~:

Post a Comment

 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon