Just Nasihat..:)



Assalamualaikum..

Hye, readers! Kali ni aku nak share tentang kisah seorang kawan aku ni. Owh, actually dia ni kawan sekolah menengah aku. And aku banyak gak la habiskan masa dengan dia time2 cuti ni. Well, cuti final sem 1 baru je berakhir but here I am! Aku still kat semenanjung weeyyhh~ Hahaha. So, secara officially-nye aku nak nasihatkan korang janganlah ikut ciri2 'pelajar cemerlang' yang ada kat aku ni. Gerenti korang punye pointer "terbaik~" punyalah. Haha!

Jadi, selama cuti ni aku pon banyaklah menghabiskan masa melepak sambil belajar menjahit kat rumah kawan aku ni. Senang cerita aku namakan dia ni si 'K' lah yee. Owh, si K ni tailor. So, dia selalu je terima tempahan buat baju wedding, flower girl/pengapit and macam2 baju lagilah yang dia pandai buat. And dia baru je nak tubuhkan satu brand sendiri. Lychee namanya. Ececeh. Promote kawan la pulak aihh. Lepas beberapa minggu aku dok ulang-alik setiap petang ke rumah si K bukan nama sebenar ni,aku realised yang dia ni macam ada masalah.

Masalah si K ni adalah dia ni tak pernah dihargai oleh orang sekeliling dia. Yang paling kecewanya even ahli2 keluarga dia pun macam tak hargai dia. Aku bukannya nak menuduh, apa lagi nak memburuk-burukkan family dia. Tapi, aku sebagai orang luar sendiri pun boleh nampak konflik2 yang berlaku kat sekeliling dia.

Yup, family mana yang tak ada problem kan? Tapi setiap ahli dalam sesuatu keluarga tu perlulah saling lengkap-melengkapi melalui teguran and nasihat. Tapi aku tengok disebabkan masing2 dah besar, bekerjaya, and even dah berumah tangga pun still lagi tak sedar and pentingkan diri sendiri. Hasilnya, yang si bongsu ni lah yang banyak makan hati and memendam rasa sampai jadi seorang yang sanggup keras hati and mengalah untuk abang2 and kakak2 yang sepatutnya membimbing dia.

Memanglah kita perlu jaga hati orang lain tapi adalah limit-nye. Si K ni memang seorang yang sangat caring tentang orang sekeliling dia apatah lagi orang2 yang paling rapat dengan dia. So, bila kita dah care pasal kawan kita of course la kita akan selalu contact diorang kan? Tapi, apa yang jadi kat si K ni lain pulak ceritanya. Kawan2 yang dia care tu semua buat tak peduli kat dia. Dia kerap call one of her bestie ni tapi kawan dia ni boleh pulak reply “Kenapa call weyh?”. Kalau reply macam tu dengan call boleh cerita lagilah tapi ni dengan mesej je. Tak ke sedih namanya tu?

Kadang2 kita tak perasan disebabkan kawan baik kita, kita banyak makan hati dengan perangai diorang. Mungkin itu lumrah dalam bersahabat. Tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Tapi in order to survive bila kita dah jauh dari kawan baik kita sendiri, kita tak boleh nak expect kawan kita tu akan layan kerenah kita. Diorang pun ada their own life dengan kawan2 baru kat sana. Kadang2 kita tak akan sangka orang yang kita anggap tak penting and even sampai tak tahu pun kewujudan dia kat muka bumi ni yang akan tolong kita bila kita dalam keadaan susah.

For example, bila aku kat Sabah tu aku tak pernah sangka pun salah seorang coursemate aku which is Sabahan sangat ambil berat pasal diri aku. Bila aku tiba2 menyepi, dia lah yang call tanya khabar aku. Bila aku tak siap lab report atau tak tido malam buat report muka dia lah jugak yang sanggup buat lawatan rasmi ke bilik aku nak tengok progress lab report aku sampai mana yang dah siap. Tu belum lagi dengan kata2 semangat yang dia bagi kat aku lagi. Haaa~ Tapi jangan salah sangka, kawan aku tu perempuanlah. Sedangkan sebelum tu aku bukannya selalu lepak dengan dia pun. Kawan2 semenanjung yang aku selalu hangout tu pun boleh buat don’t know je dengan aku. Tak ke terasa sampai ke kalbu tu namanya?

Yang si K ni pulak selalu jelah makan hati and bersabar. Yang pasal ‘teman’ istimewa si K ni pulak dah satu hal dah. Biasalah, love is complicated right? Aku sebagai kawan memang tak tahu apa yang dia rasa. And aku pun tak berapa reti sangatlah nak bagi nasihat kat orang sebab aku pun banyak sangat kekurangannya. Depan dia memanglah aku senyap sebab aku tak tahu macam mana nak slow talk dengan dia apatah lagi dia memang tak sedar pun apa yang aku perhatikan selama ni.

Tapi tadi aku try slow talk dengan dia melalui chat dalam Facebook. Bila dia tahu and dah start realized apa yang aku nampak tu dia terus jadi buntu and menangis. Resultnya, aku pulak yang rasa sangat serba-salah sebab buat dia jadi sampai macam tu. 

Aku tau dia banyak perancangan untuk future dia, tapi dia tak urus perancangan dia tu betul2. As a designer, aku rasa dia patut kumpul pengalaman bermula dari bawah barulah dia akan ‘naik’ suatu hari nanti. Lagipun, bukan ke itu pun pengalaman orang2 hebat yang selalu kita dengar? Semuanya bermula dari bawah.

And disebabkan itu jugaklah aku suruh si K ni timba pengalaman dengan bekerja. Tapi, disebabkan nak jaga hati orang jugaklah dia tak bekerja sampai sekarang. Aku just bagi pendapat based on apa yang aku rasa dia patut buat and start bergerak dari sekarang. Bukan senang nak puaskan hati semua pihak ni kan. Lagipun manusia ni reti ke makna puas tu?

Aku rasa dia patut move on cari kerja and timba pengalaman as a fashion designer sebanyak-banyaknya. Dari situlah orang akan menilai tahap kerja kita and dari situ jugaklah orang boleh menilai tahap kematangan and sejauh mana pendedahan kita dalam kerjaya yang kita ceburi. Kalau majikan dah nampak semua element tu plus dengan tahap keminatan kita yang sangat mendalam sampai terpancar kat nur muka kita tu of course la diorang tak akan teragak2 nak ambil kita bekerja kan? Bila kita dah buat apa yang kita minat, dari situ jugaklah akan terbit suatu kepuasan. And bila kita puas hati dengan hasil kerja kita sendiri plus kepercayaan yang majikan dah beri dari situlah pula timbul ke-happy-an.

Bila kita dah happy, secara automatiknye orang2 kat sekeliling kita akan turut tumpang sekaki rasa happy dengan tahap pencapaian dalam hidup kita. Bagi aku, kalau seseorang tu menghalang kita dari buat apa yang kita minat and tak rasa happy pun bila kita sukses, orang tu sebenarnya adalah seorang yang sangat mementingkan diri sendiri. Orang2 macam ni lah selalunya yang akan suka bila kita jatuh and akan jadi orang pertama yang nak berkepit kat bawah ketiak kita yang berbulu kasar dan lebat akibat tak shave bila kita senang atau berduit nanti.

Sebagai kawan aku hanya dapat bagi nasihat kat dia. Aku harap K dapat menilai and fikir apa yang terbaik untuk diri dia and future dia. 


Thanks for reading! ^^v

Changes..




Assalamualaikum..

Hye guys! Salam Jumaat. Alhamdulillah. Pagi di bumi semenanjung kat area Selayang sekarang ni Allah basahkan dengan hujan rahmat. Semoga hujan ni menjadi hujan yang bermanfaat. Amin. Tajuk entry kali ni sangat pendek, tepat, & padat. Well, biasalahkan tajuk in English tapi aku menulis dalam Bahasa Melayu. No biggie right?? Teehheee..:D

Perubahan selalu dikaitkan dengan kesilapan. People make mistakes & people's change. Right? Ayat tu memang agak cliche tapi tak dinafikan kebenarannya. Setiap manusia tak akan terlepas dari melakukan kesilapan & kesilapan tu jugaklah yang akan menjadi guru yang mengajar manusia untuk menjadi insan yang lebih baik & matang.

Disebabkan aku ni bukan sejenis alien ataupun spesies yang datang daripada mars, pluto atau yang sama waktu dengannya, aku pun tak terlepas dari melakukan kesilapan. Semuanya bermula dengan cinta. Cinta ke? Emm, maybe mendalah yang aku rasa tu boleh la dikategorikan sebagai cinta atau cinta beruk. Bagi sesiapa yang kenal aku or pernah rapat ngan aku maybe diorang tau apa yang berlaku dalam hidup aku dulu. Tapi tak perlu la aku nak bercerita or heboh2kan kat sini kan? What past is past. What I need to do is just forgive & forget. :)

Aku start rasa perubahan dalam diri aku lepas aku putus dengan 'teman' aku ni. Masa tu pun umur aku baru nak mencecah 20 tahun. Bila Allah nak bagi hidayah memang takde siapa yang tahu kan? Masa tu aku dah rasa sedikit matang. Ntah la. Aku dapat rasakan yang pemikiran aku agak lain dari sebelum ni tapi aku tak dapat nak describe by words. Yeah, maybe 'dia' datang dalam hidup aku sebagai ujian yang diberi Allah & perpisahan kitorang tu adalah starting point untuk aku berubah menjadi seorang Intan yang lebih better than before & agak matang sikit. SIKIT okay. SIKIT.

Lepas segala onar yang dah berlaku dalam hidup aku tu, aku dapat rasakan diri aku mula berubah sikit demi sikit. Yup, masa mula2 memang aku rasa agak janggal dengan perubahan tu macam aku masuk dalam badan orang lain & agak susah nak adapt. Tapi itulah apa yang aku rasa. Masa tu baru aku tahu siapa kawan & siapa yang berpura2 nak jadi 'kawan' dengan aku. And start dari situlah aku dah mula kurang percaya dengan orang sekeliling aku. Aku jadi agak pendiam & mula buat hal sendiri. Aku akan tunjukkan perangai sewel aku dekat orang2 yang aku percaya & betul2 rapat dengan aku.

Aku seolah2 mula mencari identiti diri aku balik. Aku suka perhati perangai orang & learn something from them. Hati aku mula mencari ketenangan. And ketenangan hanya akan dapat dengan mengingati & mendekatkan diri kepada Allah. Aku mula suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh & bercita2 nak ke arah tu tapi aku tau hati aku still belum bersedia 100% lagi sebab kalau nak berubah kita perlulah istiqamah kan? Lagipun, perempuan yang bertudung labuh ni berat tanggungjawabnya sebab mereka ni sentiasa menjadi perhatian manusia2 yang sering menjadi hakim tak berbayar yang akan menilai perwatakan mereka & akan mencari setiap inci kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh wanita yang bertudung labuh.

Farah Lee is one of muslimah yang aku jadikan
role-model dalam pemakaian..She's really
gorgeous beb! *.*

So, lepas berhempas pulas aku berfikir & bermuhasabah diri, aku pun buat keputusan tak perlulah nak buat perubahan sedrastik tu tapi just melabuhkan segala yang singkat dalam pemakaian aku & itu merupakan salah satu azam tahun baru aku. Hewhewhew. Tapi nak berubah bukan mudah kan? First of all aku kenalah asingkan mana pakaian untuk dipakai kat rumah & mana satu pakaian yang sesuai untuk dikenakan kat luar rumah. And aku sangatlah banyak baju2 & seluar2 yang kalau dipakai boleh dikategorikan macam nangka busuk & singkat & ketat & puihhh! puihhh! puihhh! la. Perghh~ Tak terkata  dah derr. Hanya mampu meludah. Hihii. Yup, walaupun dah lama aku bertudung tapi aku tak pernah terfikir pun nak ikut cara bertudung yang betul2 ikut syariat yang dah ditetapkan dalam Islam which is tak singkat, menutup dada & tak berbonggol ala2 unta sesat kat tengah2 padang pasir yang sedang kehausan mencari air.

Aku pun dah start berjinak2 & menahan tangan yang gatal daripada menyinsing lengan baju aku yang dah sememangnya labuh tu naik sampai ke atas siku. Maybe lepas ni aku akan berjinak2 untuk pakai sarung lengan pulak. Hmm,who knows right? In shaa Allah, I'll give it a try. Doakan saya. ^^v

Selain tu, macam yang aku cakap tadi aku jadi agak pendiam berbanding dulu. Kalau dulu tak payah cakap la macam mana mulut aku ni ann. Sangat la berbisa & agak kurang hajor. Aku mula suka mengasingkan diri tapi takde la sampai nak duduk dalam gua sorang2 kan. Aku enjoy & seronok make new friends & share pengalaman ngan diorang cuma aku tak nak terlalu bergaul & banyak lepak ngan diorang sebab aku lebih suka bersendirian & buat hal sendiri. Mungkin faktor umur pun jadi salah satu sebab kenapa aku jadi macam tu sebab majoriti kawan2 aku umur 19 tahun. 

Kat facebook pulak aku suka share post2 or link2 yang berkaitan dengan Islam atau yang boleh bagi pengajaran kat orang lain. Tapi kadang2 aku takut jugak orang salah faham & anggap aku ni seorang perempuan yang sangat berpengetahuan dalam bab2 agama ni. Tapi tup tup nanti bila terjumpa or terserempak ngan aku takdelah nak Islamic sangat. Aku bukannya hape. Niat aku just nak berdakwah macam kawan2 aku yang lain. Kadang2 kita tak boleh beriya2 judge orang yang buruk2 belaka hari ni sebab kita tak tahu apa yang bakal jadi pada hari esok. Mungkin orang yang kita anggap liar & sangat teruk tu akan berubah & jadi someone yang jauh lebih baik dari diri kita yang kita dah anggap 'sempurna'lah sangat tu khenn.

Sebenarnya sekarang ni pun aku tengah berfikir2 untuk stop pakai jeans sebab aku tau lelaki paling koman pun gerenti akan pandang bentuk kaki perempuan. Well, ramai pun memang aware yang perempuan ni diciptakan dengan daya penarik yang sangat banyak which is aurat & itulah satu2nya benda yang kita kena jaga sebab aurat adalah merupakan suatu kelemahan yang ada pada wanita kepada kaum lelaki. Korang pun sedia maklum yang lelaki ni hanya mempunyai 1 nafsu je. Tapi aku takkan buat perubahan yang terlalu drastik sebab aku ni pun bukanlah dalam kategori perempuan feminin. Masa kat matrik dulu pun ramai yang panggil aku dengan gelaran 'gangster' atau 'kak long'. Haa..amek kau. Dah tau kan tahap kejantanan aku sekarang? Muahahaha! (gelak jahat). Astaghfirullah hal'azim. Tak payah nak bermegah sangatlah dengan gelaran yang tak sepatutnya diberi pada seorang perempuan camtu. =.=

Bila bercakap pasal kefemininan ni pulak, yup, aku mengaku aku agak feminin & lembut berbanding dulu. Kehkehkeh. Dah tiba masanya untuk aku berubah & berperwatakan yang sepatutnya mengikut lumrah sebagai seorang perempuan. Mungkin ada terkeluar sikit kekasaran aku tapi aku akan perbetulkan. In shaa Allah. Bukan senang nak buat character transformation ni tahu? 

Mungkin sampai sini je apa yang aku patut sharekan kat korang. Aku bukanlah nak berbangga atau riak dengan perubahan diri tapi aku just nak share untuk dijadikan pengajaran or mungkin boleh membuka hati orang lain untuk turut berubah ke arah kebaikan. In shaa Allah, mudah-mudahan. Sekiranya ada kekurangan harap dimaafkan. Segala yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datang dari kelemahan diri ini. 

# ‎"When you begin traveling in the path of ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, you will experience an amazing transformation. Hardships will become frequent and will show you your true character. They will give you an opportunity to rectify your bad habits. Blessings will show you that you have everything you need. Then the latter phase will come with more blessings, gratitude, and contentment." (kopipes dari Facebook! huhu..:P)


Thanks for reading this entry! ^^v

 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon