Move On..



Assalamualaikum :)

Apa yang aku nak katakan kali ni mungkin agak berat berbaur jiwang karat sikit. Tapi setiap apa yang aku tulis dalam blog ni sejujurnya itulah apa yang aku rasa. Itulah apa yang aku fikirkan disebalik muka takde perasaan yang aku selalu buat tu.

Setelah penat berfikir, bermuhasabah diri, mintak pendapat dan nasihat dari kawan-kawan di samping selalu mintak petunjuk dari Allah, akhirnya hati aku terdetik untuk move on. Move on daripada apa? Oh, move on dari terus kejar bayang-bayang seseorang dan berhenti berharap pada sesuatu yang tak pasti.

Serious cakap bukan senang nak melupakan seseorang apatah lagi terlalu banyak kenangan dengan orang tu. Tapi kalau jodoh kita dah sampai takat tu je kita tak boleh nak buat apa dah kann. Aku move on bukan bererti aku berputus asa. Tak. Aku takkan berputus asa malah aku akan perbaiki lagi diri aku sebab aku dah sedar tang mana kelemahan dan kesilapan diri ni.

Dalam pemikiran aku dulu bila berkapel, “Alaa, biasalah pegang-pegang bagai nihh. Nama pun kapel ann? Bukannya orang lain pun yang sentuh aku.” Tapi tu dulu. For those yang sedang berkapel tu harap kawallah diri korang. Mungkin dari perbuatan korang tu membuatkan perhubungan yang mulanya elok dan indah tu tak diredhai Allah. Dan akhirnya terputus di tengah jalan.

Aku pun tak terlepas dari terkena tempias trend kapel mengapel nihh. Dan perhubungan tu pun dah lama berakhir. Cuma aku je susah nak melepaskan kenangan tu pergi. Si dia datang lepas perasaan aku dimainkan oleh kawan baik dia sendiri. Mungkin Allah dah tulis untuk hadirkan si dia sementara je. Mungkin sekadar untuk ubat hati aku yang tengah terluka. Mungkin..

Hubungan kami yang tanpa batas tu pun dah lama berakhir. Takde apa yang nak disesalkan lagi. Semuanya dah tertulis. Dan Alhamdulillah ianya berakhir masa bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah. :)

Aku harap aku takkan ulang kesilapan yang sama lagi bila bertemu jodoh suatu hari nanti. Terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan aku yang dulu pernah nampak aku menangis, termenung, dan sanggup tadah telinga dengar luahan hati aku ni. Aku mungkin takkan jadi sekuat ni tanpa nasihat dan semangat dari korang semua.

And last but not least, terima kasih jugak pada si dia yang pernah hadir dalam hidup ni sebab tanpa kamu diri ni takkan dapat berubah sampai begini. Mungkin hubungan yang terputus tu juga adalah permulaan untuk perjalanan hidup kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Semoga kamu dan diri ini akan dikurniakan jodoh yang baik yang dapat membimbing kita ke Jannah Allah kelak. In shaa Allah. Aamiin.

Aku harap aku dapat mintak maaf kat dia depan-depan suatu hari nanti. Semoga aku dikurniakan kekuatan. In shaa Allah.

Indeed.

I have moved on and I hope same goes to you. Yes, YOU.

Semoga bahagia. :)



Thanks for reading this entry! ^^v


Bila Aku Dah Merepek Macam Ni Lah Jadinya Apa Pun Tak Boleh



Assalamualaikum :)

Haaa. Panjangkan tajuk entry aku? Wahahaha! Sila jelesss.

Sebenonye aku nak buat tajuk macam nih “What’s on my mind”. Tapi macam boring dan hampeh pulak tajuk cenggitu. So suka hati mak tiri laki bini jiran sebelah rumah depan aku la kan nak buat tajuk camni. Haha.

Hmm, lately ni macam-macam yang ligat bermain kat kepala aku ni haa. Even duduk rumah sampai sebulan pun still ada lagi problemo dan benda-benda yang membuatkan fikiran aku tak berapa nak tenang.

******

≈ Haritu result final baru keluar. Aku fikir sem 2 ni elok sikitlah result aku dari sem 1 dulu. Rupa-rupanya makin teruk pulak. Hmmm. Tapi instinct aku cakap “Aku rasa kali ni result ko tak berapa sangat la. So better tak payah nak harap sangat cik Intan.” Ha, macam tu lah yang aku rasa. And kali ni pun aku tak bertangguh-tangguh nak tengok result tu tak macam sebelum ni. Yelah, lagi lama aku hold nak tengok result tu lagi macam-macam yang aku dok pikir.

Tapi agak ‘terpana ku seketika’ jugak la lepas tengok result yang terbentang depan mata tu. Haha. Teghuk gila habaq hang! Dekat sejam jugak la aku dok merenung skrin laptop ni. Memang kaku habih aihh. Mati la aku nak bersemuka dengan dekan fakulti aku yang merangkap sebagai mentor aku jugak tu. Nasib la labuuu..

≈ Result penempatan untuk asrama pun dah keluar sebelum tu. Dan aku tak dapat asrama. Harap maklum. Sekarang ni kami ‘geng-geng budak gila’ sedang bertungkus-lumus dok mencarik rumah sewa sekitar UMS tu. Aku pun dah rasa macam tawar hati nak duduk kat asrama semenjak kes haritu. Lagipun, banyak jugak pros & cons duduk asrama ni. Yang aku nak highlight sekarang ni cons dia jela.

1. Kami dijamin duduk untuk 2 sem je. Lepas tu terkangkang balik nak carik penempatan la, buat rayuan la. Lagipun kalau duduk kat kampung E tu kena aktif sana-sini. Eh, tak kuaso la den nak beraktif bagai dengan result yang serupo tu. Aku pun malasnya pun adoi nak membodek atau apa-apa jelah perbuatan yang sama waktu dengannya kat felo-felo blok tu. Oh like seriously aku sangat tak gemar si kaki bodek hokeyh?

2. Lepas tu kalau dapat roomate yang perangainya ntah hape-hape tak ke buat sakit jiwa raga. Aku takdelah nak cakap perangai aku ni elok sangat tapi I’ve learned from my friends’ experiences. Macam-macam yang jadi. Yelah, selagi namanya manusia of course la banyak ragamnya ye dak? Tapi disebabkan pengalaman kawan-kawan aku yang ada masalah dengan roomate diorang tu sikit sebanyak buat aku terasa fobia pulak. Tapi sikit jela. Mana taknya. Setiap kali aku dengar probs diorang tu aku mesti akan terfikir kalau aku ada kat tempat diorang kuat ke aku nak mengadap masalah camtu? Macam mana aku nak react balik nanti? Ntah-ntah mau aku menggila dalam bilik tu nanti. Haha.

3. Aku rasa takde beza pun tentang masalah transport even duduk luar atau dalam. Kalau kat dalam memang confirm-confirm dah kena bayar duit bas. Dah la driver bas UMS tu buat kerja ikut kepala diorang jek. Banyak kali dah kes bas datang lambat jadi. Aku rasa batch-batch lepas pun mesti ada masalah yang sama.


Pernah satu hari tu bas bukan je setakat datang lambat, pernah jugak sampai tak datang langsung. Last-last kami yang sedang bengang tahap petala kelapan ni terpaksa la berjalan naik bukit semata-mata tak nak miss kelas pagi. UMS tu pulak bukan calang-calang besaunya. Tapi bila dah sampai kat fakulti kami terus serang kafe sebab lapar sangat. Tak masuk jugak kelas pagi kononnya sebab mogok bas datang lambat. Haha.

Aku pun tak nafikan kalau duduk luar lagilah guna banyak duit. Dengan nak fikir pasal kereta or motor sewanya lagi. Tapi boleh je kami guna public transport cuma kena bangun awal sikit la dari biasa. In shaa Allah aku boleh buat kot. Aku rasa pakcik bas luar tu lagi bersistematik kerjanya dari pakcik bas UMS tu. Menghabihkan bogheh den jo.

4. Kalau aku duduk dengan orang yang aku tak kenal mungkin ambik masa sikit nak biasakan diri dengan diorang. Kalau aku ada buat salah ke, meleka ke mesti diorang teragak-agak nak tegur aku. Kalau dengan coursemate aku in shaa Allah diorang takkan tengok aku meleka la kot an. Nak tegur pun takdelah takut-takut sangat sebab kita dah biasa dengan diorang. Cuma kalau nak menegur tu kena berhemah la sikit barulah manusia berhati batu dan keras kepala macam aku ni mau mendengar kata. Yeah.

***

Kadang-kadang aku ada lah jugak terfikir kenapa aku beriya sangat nak buat blog ni. Yelah, orang macam aku ni bukan senang nak bercerita ataupun share pasal hidup aku lagi-lagi untuk tatapan umum. Bila aku dok fikir-fikir akhirnya hati aku pun cakaplah “Takpelah Intan. Bukan siapa sangat pun yang nak baca blog ko tuu. Jangan la kau risau sangat. Mungkin ada guna in future nanti. Who knows right?”

Aku rasa aku nak tulis banyak-banyak kat sini then aku nak share dengan future husband aku atau anak-anak aku ke nanti. Hahaha. Biar diorang baca senyap-senyap nanti. Tak payah la aku nak cerita balik atau flashback ke nanti. Buang air liur jek. Haha. Sebenarnya aku dah terpengaruh dengan cerita dalam novel Hlovate tu. Tapi kira romantik what buat macam ni. Hahahihihoho! ;P

# Siapalahhh future husband aku nanti kann??

Hi, awakk!! *lambai-lambai

Jangan nakal-nakal ye kat luar tuuu! Saranghae!!! *flying kiss.

MUAHAHAHA! ;D



Thanks for reading this entry! ^^v

Facebook Account Macam Chipsmore??



Assalamualaikum :)


Sebelum tu aku nak ucapkan salam Ramadhan Almubarak! Yeay~!


Okay-okay. Bila bercakap mengenai Facebook mesti ramai kengkawan aku tertanya-tanya kenapa aku asik dok on-off aku punya account kan? Ehem. Tapi sebelum tu itew takde la nak perasan yang itew ni hot sangat kan sampai kengkawan itew nak tertanya-tanya bagai. Kihkihkih.  Tapi aku rasa mesti diorang akan pelik punya dengan perangai aku yang satu ni. Muahaha!



Actually aku pun bukannya nak sangat buat account pesbuk tu. Aku buat tu pun sebab classmate aku masa sekolah menengah dulu dok sebok membebel suruh aku buat satu. WAJIB katanya. Lagipun dah habis Form 5 dan aku pun masa tu mana la ada handphone lagi. So, dengan berat hati dan limpanya aku buat la dan terciptanya account Intan Wahinah tuu.



Sebenarnya aku asik onn-off Facebook aku tu ada sebab-musababnya. Aku ni bukanlah jenis orang yang addicted dengan dunia maya ni. Yeap, aku memang seorang perempuan yang sangat old-fashioned, kuno, antik, retro dan segala bagailah perkataan sinonimnya. Dan aku sebenarnya sangat sukakan private life. Aku tak suka share terlalu banyak pasal hidup aku dengan orang lain lagi-lagi strangers. Selalunya bila nak pilih seat kat restoran atau kedai mamak pun aku akan jadi cerewet dan memilih. Aku suka duduk kat bahagian ceruk-ceruk sikit. Lagi terceruk lagi bagus. Aku sukakan privacy sampai kadang-kadang aku rasa dah jadi macam kera sumbang dah.



Tapi kenapa aku ada blog bertuah ni? Hmm. Aku pun tak paham kenapa aku buat blog ni. Mungkin sebab aku suka menulis atau menaip dan aku suka bercerita. Atau lebih tepat lagi aku suka mengarang ayat. Haaa. So bab-bab nak taip panjang berjela-jela ni no hal la bagi aku. Mihmihmih.



Aku tak suka Instagram, Twitter, WeChat dan segala bagai apps yang ada sekarang nih. Bukannya apa, bagi aku cukup la satu dua account yang ada. Lagipun zaman sekarang ni mana boleh suka-suki je nak upload gambar. Lagi-lagi kaum hawa macam aku ni haa. Paham-paham jela kenapa kan. Tambah-tambah kita tak tahu bila kita ni nak mati. Buatnya tak sempat nak delete semua gambar-gambar tu tak ke azab nanti? Twitter pulak bagi aku terlalu open. Ada sesetengah orang dia akan update segala benda yang dia buat atau luahkan perasaan kat situ. Tahu tak salah satu cara paling senang nak stalk orang atau nak kenal seseorang tanpa bercakap dengan orang tu lebih mudah melalui Twitter. Ni bukan auta tau tapi FAKTA! Tapi cemana pun setiap orang ada pendapat dan hak masing-masing. Ye dak?



Bagi aku cukuplah paling koman pun ada phone yang ada radio, kamera, calendar dan alarm clock. Haha. Yela, minah forever alone macam aku ni manalah nak berbunyik sangat phone tu kan. Phone cikai baling anjing pun takpe asalkan ada alarm clock. Aku ni kan kalau membuta mana ingat dunia sekeliling dah. Lepas tu kalau tetiba datang mood nak menggeletis boleh la aku main snap-snap picture sambil buat mulut itik. Hihik! (gedik kejap).



Tu semua pendapat aku jelah. Setiap orang ada pendirian masing-masing kan. Bagi aku semua tu macam melalaikan. Kadang-kadang aku pun terleka mengadap Facebook sampai berjam-jam lamanya. Lagi-lagi bila dah lama tak bukak. Aku bukannya buat apa pun cuma aku suka baca artikel pasal fakta atau artikel Islamik yang kengkawan aku dok share-share tu. Yelah, aku ni kan still kekurangan ilmu tentang agama lagi. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari. Selagi ada ilmu kat memana kita grab jela. Kan?






Thanks for reading this entry! ^^v

Dugaan Cuti Final 1st Year



Assalamualaikum..


Yaww dude! Whassup, whassup!

Baiklah. Kali ni aku nak kongsi cerita pasal pengalaman kelat-kelat masin yang aku dan kengkawan aku (Sofea & Nana) alami sebelum kami mulakan cuti final sem tahun satu nihh. Macam ni ceritanya..~

Pengalaman kelat-kelat masin ni berlaku masa minggu ketiga final exam haritu. Minggu ketiga exam memang mostly student akan habis paper diorang kan. Tapi aku ni agak advanced sikit la sebab last payper aku habis masa minggu kedua. Senang cerita aku habis dulu la dari kengkawan aku yang lain. Tapi yang tak berapa nak advancednya aku balik lagi lambat dari kengkawan aku yang takde la nak advanced sangat tu kan. Muahaha!

Tapi disebabkan Majlis Pentauliahan PALAPES diadakan kat UMS, kami pelajar-pelajarnya mengalami ‘sedikit’ kesulitan berkaitan penempatan. Apa yang aku tak puas hatinya sekarang nih adalah sebab orang-orang atasan UMS seperti pihak HEP bagi setiap kolej kediaman seakan-akan tak ambil berat langsung tentang kebajikan pelajar.

Aku dan Sofea tinggal kat kampung E. Kenapa kampung? Antik dan uzur sungguh UMS ni ye? Haha. Takdelah, kat UMS ni kolej kediaman kami panggil kampung manakala fakulti pulak kami panggil sekolah. Haha. Pelikkan? Okay, back to the topic. Si Sofea bukan nama sebenar ni duduk kat blok A1. Blok diorang ni adalah blok pertama yang studentnya kena nyah kau dari situ. Tapi yang menyakitkan hatinya bila satu hari tu diorang diinform oleh seorang miss yang ntah datang dari mana ni cakap budak-budak PALAPES akan masuk pada malam tu jugak. Punyalah pum pang pum pang diorang ni dok mengemas sampai ke senja last-last tak masuk-masuk jugak si budak-budak PALAPES ni even dua tiga hari selepas tu.  Nak dijadikan cerita si Sofea ni pun tumpang la kat bilik aku which is kat blok B1.

Aku pulak terpaksa suruh roomate aku ambilkan borang penempatan untuk pelajar yang balik selepas 20hb. Yela, aku dah la ada exam pagi tu. Borang tu pulak limited untuk 200 pelajar je. Tak ke jenuh aku nak mengejor sampai ke asrama dengan berbaju kurung gitu. Kalau tersadung dan tersungkur kat tengah jalan tak ke naya aku terkangkang sampai nampak spender. Haaa..seksi i kejap kat situ nanti uolls.

Aku pulak dengan konfiden level tahap petala kelapannya yakin la yang aku ni dah tak payah nak susah-susahkan hidup main tukar-tukar bilik macam kawan aku tu. Tapi tup tup ada satu malam tu aku dapat tau aku pun kena tukar bilik jugak. FYI, blok aku ni tak perlu dikosongkan sebab pihak HEP jadikan blok aku tu sebagai penempatan sementara student perempuan. Aku yang memang duduk kat tingkat tiga dicampak ke tingkat empat. Hah, memang tak gemuk-gemuk la aku kalau macam ni. Finally, aku dan Sofea pun decide yang kami akan tolak untuk duduk kat tingkat empat tu. Kami berhijrah la pulak ke kampung CD.

Kat kampung CD ni pulak lain ceritanya. Sebelum hari kami berpindah tu ada lagi sorang kawan aku ni. Nana namanya. Dia ni pulak tinggal sorang-sorang kat aras bawah blok dia tu. Pihak HEP kampung dia ni pulak dok bagi kunci pendua setiap bilik kat cleaner untuk bersihkan bilik-bilik. Diorang ni awal-awal lagi dah kena ‘halau’ dari kolej tu cuma kawan aku yang sorang ni hardcore sikit degilnya. Disebabkan perangai dia macam mak tiri sikit so dia ni pernah sound pihak HEP kolej dia tu dan sekali gus mintak kebenaran untuk check-out lambat sikit. Sambil menyelam minum air ye dak?

Yang si cleaner ni pulak jenis yang tak reti bahasa even Nana dah tampal notis ‘Jangan masuk. Bilik ini akan dikosongkan pada 22hb’ kat luar bilik dia. Pernah ada satu hari tu si cleaner ni masuk nak ambil barang-barang masa si Nana ni tengah solat. Ada jugak sekumpulan abang-abang maintenance dua tiga orang yang cuba nak masuk bilik tu. Tak ke kurang hajor tu namanya. That’s why la aku dengan Sofea pergi teman dia kat situ. SAFETY FIRST hokayh?

Lepas dua hari tinggal kat situ kami diminta untuk keluar dari bilik tu sebab aras bawah sepatutnya dikosongkan untuk penempatan budak-budak PALAPES lelaki. Dan bilik tu sepatutnya akan digunakan untuk simpan senjata. Yang kami pelik sangat kenapa pihak HEP tempatkan budak lelaki PALAPES kat asrama perempuan dan budak perempuan kat asrama lelaki? Dah la felo perempuan yang jaga blok siswi tinggal sorang-sorang masa tu. Hurrmmm. Dunia dah terbalik agaknya.

Kami terpaksa pulak pindah ke tingkat tiga blok siswi yang lain. Itu pun atas ihsan felo blok tersebut selepas si Nana ni pergi mengadap dia. Ada kawan aku si Farah ni lagi teruk. Lepas dah kena ‘halau’ dari blok A1 dulu dia pergi la duduk kat luar dengan roomate cina dia ni. Last-last rumah tu pun diduduki oleh kaum-kaum adam. Itu pun hanya aras yang jadi pemisah. Bilik kat aras bawah lelaki duduk manakala bilik aras atas perempuan duduk. Terpaksalah si Farah ni duduk bertapa je kat dalam bilik tu tak keluar-keluar. Dah la sewanya mahal.

Itu cerita kat Sabah. Sesampainya kat KLIA pulak aku terpaksa tunggu selama empat jam kat airport dari pukul 4 petang sampai 8 malam sebab kereta ayah aku tersadai kat tengah jalan. Dengar cerita sampai berasap enjin gua cakap sama lu. Yang bertambah malangnya aku lost contact dengan parents aku sebab phone aku rosak. Aku pulak first time balik naik MAS so aku takut la ayah aku tercari-cari anak bertuah dia ni nanti kan. Selepas duduk tercangkung kat luar airport tu selama dua jam, aku dengan muka tak tahu malunya ibarat kulit muka setebal Kamus Dewan Edisi ke-3 merembat phone strangers yang lalu lalang kat depan aku masa tu. Nak buat cano dah darurat dah masa tu. Last-last pak lang aku yang ambik aku dan kereta ayah aku terpaksa ditarik.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Dan disebabkan itu jugaklah aku terpaksa gigit jari kaki sebab plan aku untuk belajar memandu yang dah sekian lama aku rancang untuk cuti ni terpaksa ditunda. Bukannya apa, abang aku suruh aku belajar memandu dengan dia and tau benda-benda basic dulu baru la ambik lesen. Yela, takut aku tak pass nanti kann lagi-lagi part nak parking kereta. Aku ni kan lembab sikit bab-bab praktikal macam ni apa lagi bila baru nak belajar.

# Mendalah ni jadi masa awal bulan 6 dulu. Baru nak hapdate cite kann? Iolls ni kan Si Pemalas gituu. Ihiks!

That’s all. Adios amigos. =)

Thanks for reading this entry! ^^v

 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon