Changes..




Assalamualaikum..

Hye guys! Salam Jumaat. Alhamdulillah. Pagi di bumi semenanjung kat area Selayang sekarang ni Allah basahkan dengan hujan rahmat. Semoga hujan ni menjadi hujan yang bermanfaat. Amin. Tajuk entry kali ni sangat pendek, tepat, & padat. Well, biasalahkan tajuk in English tapi aku menulis dalam Bahasa Melayu. No biggie right?? Teehheee..:D

Perubahan selalu dikaitkan dengan kesilapan. People make mistakes & people's change. Right? Ayat tu memang agak cliche tapi tak dinafikan kebenarannya. Setiap manusia tak akan terlepas dari melakukan kesilapan & kesilapan tu jugaklah yang akan menjadi guru yang mengajar manusia untuk menjadi insan yang lebih baik & matang.

Disebabkan aku ni bukan sejenis alien ataupun spesies yang datang daripada mars, pluto atau yang sama waktu dengannya, aku pun tak terlepas dari melakukan kesilapan. Semuanya bermula dengan cinta. Cinta ke? Emm, maybe mendalah yang aku rasa tu boleh la dikategorikan sebagai cinta atau cinta beruk. Bagi sesiapa yang kenal aku or pernah rapat ngan aku maybe diorang tau apa yang berlaku dalam hidup aku dulu. Tapi tak perlu la aku nak bercerita or heboh2kan kat sini kan? What past is past. What I need to do is just forgive & forget. :)

Aku start rasa perubahan dalam diri aku lepas aku putus dengan 'teman' aku ni. Masa tu pun umur aku baru nak mencecah 20 tahun. Bila Allah nak bagi hidayah memang takde siapa yang tahu kan? Masa tu aku dah rasa sedikit matang. Ntah la. Aku dapat rasakan yang pemikiran aku agak lain dari sebelum ni tapi aku tak dapat nak describe by words. Yeah, maybe 'dia' datang dalam hidup aku sebagai ujian yang diberi Allah & perpisahan kitorang tu adalah starting point untuk aku berubah menjadi seorang Intan yang lebih better than before & agak matang sikit. SIKIT okay. SIKIT.

Lepas segala onar yang dah berlaku dalam hidup aku tu, aku dapat rasakan diri aku mula berubah sikit demi sikit. Yup, masa mula2 memang aku rasa agak janggal dengan perubahan tu macam aku masuk dalam badan orang lain & agak susah nak adapt. Tapi itulah apa yang aku rasa. Masa tu baru aku tahu siapa kawan & siapa yang berpura2 nak jadi 'kawan' dengan aku. And start dari situlah aku dah mula kurang percaya dengan orang sekeliling aku. Aku jadi agak pendiam & mula buat hal sendiri. Aku akan tunjukkan perangai sewel aku dekat orang2 yang aku percaya & betul2 rapat dengan aku.

Aku seolah2 mula mencari identiti diri aku balik. Aku suka perhati perangai orang & learn something from them. Hati aku mula mencari ketenangan. And ketenangan hanya akan dapat dengan mengingati & mendekatkan diri kepada Allah. Aku mula suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh & bercita2 nak ke arah tu tapi aku tau hati aku still belum bersedia 100% lagi sebab kalau nak berubah kita perlulah istiqamah kan? Lagipun, perempuan yang bertudung labuh ni berat tanggungjawabnya sebab mereka ni sentiasa menjadi perhatian manusia2 yang sering menjadi hakim tak berbayar yang akan menilai perwatakan mereka & akan mencari setiap inci kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh wanita yang bertudung labuh.

Farah Lee is one of muslimah yang aku jadikan
role-model dalam pemakaian..She's really
gorgeous beb! *.*

So, lepas berhempas pulas aku berfikir & bermuhasabah diri, aku pun buat keputusan tak perlulah nak buat perubahan sedrastik tu tapi just melabuhkan segala yang singkat dalam pemakaian aku & itu merupakan salah satu azam tahun baru aku. Hewhewhew. Tapi nak berubah bukan mudah kan? First of all aku kenalah asingkan mana pakaian untuk dipakai kat rumah & mana satu pakaian yang sesuai untuk dikenakan kat luar rumah. And aku sangatlah banyak baju2 & seluar2 yang kalau dipakai boleh dikategorikan macam nangka busuk & singkat & ketat & puihhh! puihhh! puihhh! la. Perghh~ Tak terkata  dah derr. Hanya mampu meludah. Hihii. Yup, walaupun dah lama aku bertudung tapi aku tak pernah terfikir pun nak ikut cara bertudung yang betul2 ikut syariat yang dah ditetapkan dalam Islam which is tak singkat, menutup dada & tak berbonggol ala2 unta sesat kat tengah2 padang pasir yang sedang kehausan mencari air.

Aku pun dah start berjinak2 & menahan tangan yang gatal daripada menyinsing lengan baju aku yang dah sememangnya labuh tu naik sampai ke atas siku. Maybe lepas ni aku akan berjinak2 untuk pakai sarung lengan pulak. Hmm,who knows right? In shaa Allah, I'll give it a try. Doakan saya. ^^v

Selain tu, macam yang aku cakap tadi aku jadi agak pendiam berbanding dulu. Kalau dulu tak payah cakap la macam mana mulut aku ni ann. Sangat la berbisa & agak kurang hajor. Aku mula suka mengasingkan diri tapi takde la sampai nak duduk dalam gua sorang2 kan. Aku enjoy & seronok make new friends & share pengalaman ngan diorang cuma aku tak nak terlalu bergaul & banyak lepak ngan diorang sebab aku lebih suka bersendirian & buat hal sendiri. Mungkin faktor umur pun jadi salah satu sebab kenapa aku jadi macam tu sebab majoriti kawan2 aku umur 19 tahun. 

Kat facebook pulak aku suka share post2 or link2 yang berkaitan dengan Islam atau yang boleh bagi pengajaran kat orang lain. Tapi kadang2 aku takut jugak orang salah faham & anggap aku ni seorang perempuan yang sangat berpengetahuan dalam bab2 agama ni. Tapi tup tup nanti bila terjumpa or terserempak ngan aku takdelah nak Islamic sangat. Aku bukannya hape. Niat aku just nak berdakwah macam kawan2 aku yang lain. Kadang2 kita tak boleh beriya2 judge orang yang buruk2 belaka hari ni sebab kita tak tahu apa yang bakal jadi pada hari esok. Mungkin orang yang kita anggap liar & sangat teruk tu akan berubah & jadi someone yang jauh lebih baik dari diri kita yang kita dah anggap 'sempurna'lah sangat tu khenn.

Sebenarnya sekarang ni pun aku tengah berfikir2 untuk stop pakai jeans sebab aku tau lelaki paling koman pun gerenti akan pandang bentuk kaki perempuan. Well, ramai pun memang aware yang perempuan ni diciptakan dengan daya penarik yang sangat banyak which is aurat & itulah satu2nya benda yang kita kena jaga sebab aurat adalah merupakan suatu kelemahan yang ada pada wanita kepada kaum lelaki. Korang pun sedia maklum yang lelaki ni hanya mempunyai 1 nafsu je. Tapi aku takkan buat perubahan yang terlalu drastik sebab aku ni pun bukanlah dalam kategori perempuan feminin. Masa kat matrik dulu pun ramai yang panggil aku dengan gelaran 'gangster' atau 'kak long'. Haa..amek kau. Dah tau kan tahap kejantanan aku sekarang? Muahahaha! (gelak jahat). Astaghfirullah hal'azim. Tak payah nak bermegah sangatlah dengan gelaran yang tak sepatutnya diberi pada seorang perempuan camtu. =.=

Bila bercakap pasal kefemininan ni pulak, yup, aku mengaku aku agak feminin & lembut berbanding dulu. Kehkehkeh. Dah tiba masanya untuk aku berubah & berperwatakan yang sepatutnya mengikut lumrah sebagai seorang perempuan. Mungkin ada terkeluar sikit kekasaran aku tapi aku akan perbetulkan. In shaa Allah. Bukan senang nak buat character transformation ni tahu? 

Mungkin sampai sini je apa yang aku patut sharekan kat korang. Aku bukanlah nak berbangga atau riak dengan perubahan diri tapi aku just nak share untuk dijadikan pengajaran or mungkin boleh membuka hati orang lain untuk turut berubah ke arah kebaikan. In shaa Allah, mudah-mudahan. Sekiranya ada kekurangan harap dimaafkan. Segala yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datang dari kelemahan diri ini. 

‎"When you begin traveling in the path of ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, you will experience an amazing transformation. Hardships will become frequent and will show you your true character. They will give you an opportunity to rectify your bad habits. Blessings will show you that you have everything you need. Then the latter phase will come with more blessings, gratitude, and contentment." (kopipes dari Facebook! huhu..:P)


Thanks for reading this entry! ^^v

2 meow~:

  1. thumbs up for you!
    aku bangga ada adek macam kau!
    teruskan beristiqamah.. ;D

    ReplyDelete

 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon