Assalamualaikum..
Hye2, bloggie..!Rasanya
agak lama jugak aku tak menghapdate blog aku nih. Iyolah, den pon dah balik
naik belonnya haa ke Sabah yang sedang bergolak sekarang ni haa. Jangan main2
tau uols. Kat sini rasa dah macam zaman Nippon dah tau. Haha. Tinggal tak
tumbuh pokok sakura je lagi kat sini. Tapi takpe, sekarang ni dah macam ok2
sikit dah. Harap2 orang sulu tu cepat2 la nyah kau dari sini kann. Risau kott.
Kalau dapat M-16 satu sorang kat sini takpelah jugak kann. Takdelah rasa
terancam sangat. Tidur pon siap boleh jadi macam bantal peluk gitu. Haa.. Kau hado??
Ok, macam biasa aku dah
out of topic dah ni. Haha. Lately ni semakin beribu2 lemon coursemate aku
mengkritik, mengomen serta menguji aku dengan persoalan2 cepumas mereka seperti
ini: “Intan, kenapa senyap jekk??”, “Intan, ada masalah ke??”, “Intan, ko dah
kenapa? Diam jekk.” Haa.. Walaupun soalan2 tu semua berupa seakan2 ayat caring,
tapi bila dah banyak kali orang dok tanya kat kita lama2 boleh masuk Tanjung Rambutan
jugak jawabnya. Ahaha..=.=’
Iye. aku mengaku memang
aku dah tak seceria macam zaman kecik2 dulu sebab of course la bah, aku kan dah
besar. Sekarang ni baru aku faham kenapa mak aku selalu marah2 and cepat
berubah mood masa aku dok perhatikan dia masa kecik2 dulu. Iyelah, masa tu pon
aku still budak tadika lagi ann. Manalah nak faham ngan pe’el orang2 dewasa
macam parents aku tu. Yang aku tahu buat masa tu hanya perhatikan perangai
parents aku and tertanya dalam hati “Kenapalah dengan orang tua ni? Asik marah2
jek..” Kemudian buat muka comel dan bergumbira seolah-olah dunia ni aku yang
punya. Yeay~!
Tapi sekarang…..krik
krik krik. =.=
Aku teringat masa zaman
kecik2 dulu aku ni seorang budak perempuan yang sangat lurus bendul tapi sangat
suka tersenyum. Aku tak tahulah kenapa aku ada sindrom senyum sepanjang masa
sampai gitu sekali. Mungkin masa kecik2 ni kita tak tahu apa2 lagi kan. Budak2
pon tak kenal apa itu masalah. Yang aku tahu bila aku rasa gembira dan tenang,
aku akan tersenyum sepanjang masa. Aku teringat ada satu masa tu aku dan
classmate sedang beratur nak naik tangga ke kelas lepas waktu rehat. Sepanjang
naik tangga tu aku tersenyum je sebab aku rasa gembira dan seronok. Tiba2 ada
sorang kawan aku ni yang selalu perasan aku suka tersenyum sorang2 kata aku ni
gila. Then kawan2 lain pon semua mengiyakan kenyataan kawan aku tadi yang
sangat siot dan tak berasas lalu menjauhkan diri dari aku sebab takut berkawan
dengan orang gila. Sangat tak boleh blah bukan situasi itu. Lepas tu aku yang
naïf lagi bendul ni pula tertanya2 salah ke senyum tanpa sebab? Bukan ke itu
satu terapi untuk awet muda? Buktinya sekarang, ramai coursemate aku yang
takkan tahu umur sebenar aku kalau aku tak bagi tahu diorang. Siap ada yang tak
percaya lagi tauu. Muahahaha!
Tapi sekarang ni bukannya
apa, kadang2 hidup ni bukan setiap masa je kita perlu bergembira. Terutama bila
dah dewasa lah konon macam sekarang ni. Ada masa aku perlu diam membisu ‘krik
krik krik’seribu bahasa, and ada masanya aku perlu bergelak ketawa ‘hahaha’
untuk sekadar merelease tension. Yeah, aku still Intan Wahinah yang dulu tapi
aku perlulah jugak consider situasi sekarang yang dah banyak berubah dari
semasa ke semasa ni. Dulu pon bila berjalan ramai2 aku lebih suka berada di
tengah2 kelompok tapi sekarang aku lebih suka berjalan sorang2 kat belakang
sambil perhatikan telatah kawan2 aku. Aku selesa macam tu.
And yeah aku tahu it’s
kindda forever alone punya perangai tapi hado den kesah?? And time tu lah one
of my friend akan berjalan reverse ke belakang and tanya soalan2 psiko seperti
yang tertera di atas. Aku pon tak tahu kenapa sekarang ni perangai aku dah
banyak berubah and jadi pelik2 macam sekarang ni. Yang aku tahu. aku anggap ia
mungkin sebagai salah satu proses untuk menjadi dewasa.
And aku pon perasan
yang sekarang ni aku agak sukar untuk senyum. Even bila lecturer buat lawak kat
depan kelas pon aku takkan senyum or gelak selagi lawak yang dia buat tu tak
kena dengan jiwa aku. Haha. Teruk baq ang la perangai aku ni. Yang paling tak
boleh belah punya bila ada sorang kawan
yang selalu duduk sebelah aku dalam lecture ni kerap cakap “Intan, satu je yang
aku mintak dari kau hari ni. Tolonglah SENYUM!”. Awal2 pagi lagi dia dah bagi
ayat psiko macam tu kat aku and sebenarnye dia tak mintak satu pon tapi
berkali2 dia cakap macam tu setiap kali terjumpa aku.
Aku pon rasa aku agak
susah nak senyum sekarang and banyak diam. Kalaulah ada orang yang perhatikan
perangai aku mesti dia akan cakap “Minah ni ada masalah dunia ke sampai
berperangai seperti ini?”. Aku pon perasan jugak yang ramai coursemate aku yang
semacam payah nak masuk ngan aku terutama budak2 lelaki. Kadang2 aku agak jeles
bila kawan2 aku yang lain saling bertegur sapa bila terjumpa dengan mereka2 itu
tapi bila terjumpa aku, aku buat2 tak nampak diorang sampailah diorang yang
tegur aku dulu. Haha. Teruk gila kan perangai? And cuma certain orang je yang
aku rasa aku boleh masuk aku akan tegur depan2. Aku macam ada letak ‘wall’ pada
certain orang yang aku baru kenal sampai diorang akan gelar aku sebagai seorang
minah yang garang dan sombong. Sebenarnya aku pon tak sukakan perangai aku yang
pelik macam tu tapi perangai yang semacam tu memang dah ada dalam diri aku
sejak dari kecik lagi.
Bila aku senyap sunyi
pulak bukan bermakna aku tak mahu diganggu, tapi pada masa tu mungkin aku
tengah leka memikirkan sesuatu sampai aku tak dengar kawan2 aku yang tengah
sibuk bertanya itu dan ini dekat aku. Sekarang ni aku lebih suka bermonolog
dalaman dengan diri aku sendiri. Aku lebih selesa berdiam diri daripada
bercakap. Jangan salah faham. Aku bukannya berat mulut atau malas nak melayan
orang, tapi aku pon perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Lagi2 time2 sekarang
ni. Aku try nak adapt dengan perangai2 pelik aku yang dah mula menular dalam
diri ni.
Apa2 pon aku nak mintak
maaf la pada kawan2 aku yang sering terasa and terima dengan redhonya perangai
aku yang dah semakin tak best macam sekarang ni. Mungkin ada hikmah kenapa aku
berperangai pelik macam sekarang ni. Mungkin Allah nak bagi tunjuk siapa kawan
yang boleh terima diri ni seadanya. Kawan2 yang tak pernah jemu dengan
perubahan diri ni. Sesungguhnya aku dapat rasa yang berdiam diri itu lebih baik
daripada bercakap, merapu dan meraban sesuatu yang tak penting. Aku bermonolog
dengan diri sendiri bukannya dengan sesuatu yang sia2, tapi aku lebih banyak
bermuhasabah diri dan ambil pengajaran sambil memerhati tingkah manusia di
sekeliling aku.
Aku bersyukur dengan
apa yang Allah dah bagi kat aku sekarang, dan Allah letakkan aku dalam situasi
yang orang lain takkan pernah faham apa yang aku rasa. Mungkin ini adalah
ujian, and mungkin ada sesuatu yang aku perlu belajar dari situasi ni. Yang
penting, aku perlu sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa berada di sisi saat
susah mahupun senang. =)
Arigato for reading this
entry! ^^v

0 meow~:
Post a Comment