Assalamualaikum..
Bila menjelang mid-term exam macam sekarang ni lah kerap kali
akan berlakunya ketidakstabilan hormon dan seterusnya terkena sindrom 'down' yang
melampaui batas pada diri aku. Mungkin ini hanyalah mainan perasaan semata-mata
atau mungkin mendalah ni betul2 terjadi macam apa yang hati aku rasa. Aku ni
memang kerap kali ada problem untuk bergaul dengan orang2 sekeliling aku. Aku
sebenarnya boleh jadi seorang yang outspoken but kadang-kadang aku akan diam
membisu bila aku rasa macam ada yang tak kena.
Aku rasa aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang
introvert which is seorang yang suka memendam perasaan. Tapi maybe aku jenis
yang average lagi kot. Takdo kojo ea den nak pondam perasaan den ni sepanjang
maso jo an?? (ok, aku failed speaking nogori..=.=). Kadang-kadang aku rasa aku
too loud in a crowd or too open dalam percakapan aku tak kira la depan orang or
even komen2 dalam Facebook. Yup, aku mengaku aku ni memang lain in a real world
and in dunia maya. Aku rasa semua orang pon macam tu. Am I right?
Dalam dunia yang real punya ni, aku seorang yang susah sikit
nak bergaul dengan orang yang baru aku kenal. Aku tak berapa ada sense of humor
I guess and aku lebih banyak memangkah orang dari communicate secara normal.
Orang selalu kata aku ni cepat marah. Ahh, even dari kecik lagi orang selalu
akan anggap aku marah bila aku dah start buat muka serious ataupun kerutkan
dahi sikit. Sedangkan aku rasa diorang pon tahu takde mende yang nak dimarahkan
pon. Hailaaa.. Mungkin lepas ni aku patut pakai botox.
Bila dalam kelas pulak aku semacam takut nak bercakap
lebih-lebih dengan boys sebab aku takut orang akan anggap aku ni minah over dan
perasan. Dekat matrik dulu aku ni dikira dalam kategori budak2 bising la jugak
dalam kelas an. Tapi kat sini macam lain sikit lah. And disebabkan aku masuk
girls high school dulu so aku jadi macam tak reti how to bergaul dengan boys
secara normal. Siap ada one of my coursemate lelaki cakap dia suka lagi aku
macam ‘marah-marah’ sebab dari situ baru ada point untuk bercakap dengan aku.
Haha. Ok, itu melampau.
Bila aku rasa aku macam berada in a centre of attention aku
akan rasa insecure. Aku rasa ada mata-mata yang mula memandang dan menilai aku
secara senyap. Sebab tu lah aku bahagia tahap petala ke lapan bila even
pensyarah pon tak kenal aku and tak merasa kewujudan aku dalam kelas mereka.
And, risiko untuk ponteng kelas or lecture pon akan berkurangan. Itulah tujuan
utama sebenarnya. Muahaha!
Dalam dunia maya pulak aku ni jenis yang suka menghanjing,
membahan dan memangkah orang secara tiba-tiba ibarat taik burung gagak yang
jatuh dari langit. Apa lagi dengan boys. Aku yang tak nak kalah ni memang
berasa sangat seronok berlawan kata-kata dengan mereka. Tapi, bila dah kerap
kali dimana sahaja post nama aku je yang kerap tersembul dekat komen-komen tu
aku mula rasa tak berapa nak sedap la kann. Aku takut orang lain akan anggap
aku ni seolah-olah macam seek attention pulak dengan boys tu. Even aku boleh
dikategorikan sebagai minah yang 24/7 online dan memangkah orang tanpa
berperikemanusiaan. Hahaha. Ok, itu tipu tahap hyperbola ye.
Aku bukannya hape. Bila dalam kelas aku sendiri secara
automatiknya membataskan pergaulan aku dengan lelaki mungkin aku patut bagi
sedikit ruang untuk berkomunikasi and berjenaka dengan mereka dalam dunia maya.
Yelah, takkanlah aku nak jadi cipan sumbang yang tak mahu bergaul dengan
sesiapa pulakkan. And aku garang dengan mereka bersebab. For me, bila aku
semakin garang dengan someone tu it means aku care dengan dia. Tapi care dalam
erti kata aku tu bukan bermaksud aku minat or nak attention dia. Tapi care as a
friend or as my brothers and sisters. Iyolah, coursemate aku tu kan majority
semuanya umur sebaya dengan adik lelaki aku. Ehem! No heart feeling ya?
Sometimes bila aku start nak komen something aku akan fikir:
patut or tak patut aku cakap macam ni?, patut ke aku komen lagi? Or should I
just “nyah kau dari sini”?. Something like that laa. Yelah, bila kita dah
syok-syok mengomen sampai tak hingat dunia of course la percakapan atau gurauan
kita nanti akan menjadi semakin open. Bila dah semakin open, kadang-kadang kita
tak sedar yang gurauan kita tu mungkin akan mengguriskan hati kawan kita. Sebab
tulah timbulnya persoalan2 seperti di atas nun.
Apa-apa pun aku akan mengamalkan konsep redho dan pasrah
jelah kalau still ada orang yang tak boleh nak terima perangai atau perwatakan
aku cenggini. Nobody’s perfect right? Yang aku tahu mana perangai aku yang
buruk yang orang selalu tegur tu sedang dalam proses nak perbaikinya. Cuma it
just takes time sikit lah. Bukan senang nak jadi transformer macam Optimus Prime tu. Owkayh?
![]() |
| Iklan-iklan..haha |
Thanks for reading this entry! ^^v

0 meow~:
Post a Comment