Assalamualaikum..
Bagi aku takde minggu lain yang lebih menyedihkan tahun ni daripada minggu ni. Aku tak tau la nak cakap cemana, tapi kalau calang2 orang yang kena situasi macam aku ni mau diorang rasa down tahap mantel bumi & rasa nak give up se-give up-give up-nya. Haa..
***
1st Flight
Aku sepatutnya balik Sabah hari Rabu haritu (minggu ni jugak). Tapi disebabkan kelalaian aku sendiri+rasa berat gila nak balik Sabah (tak tahu la kenapa), aku terlepas flight aku. Dah la kereta bapak aku baru lepas accident beberapa minggu sebelum tu. Baru keluar bengkel.
Sebenarnya boleh je pecut & sempat je sampai masa tu tapi kami dok tunggu adik aku lagi. Ayah aku pergi pick dia kat asrama dia. Dekat 30 minit jugak la menunggu baru la nampak muka. Aku dah nak menangis dalam kereta tu sebab dah lambat gila dah. Kawan aku lagi dua ketul dok menunggu kat airport dah. Rupa-rupanya asrama adik aku takde air. Tu yang buat dia lambat tu. Aku pulak pergi marah dia & hanya mampu menggeleng kepala.
Masa kat highway otw nak pergi airport tu kereta ayah aku tak boleh nak pecut pun even dah tukar gear. Lagi satu break kereta kami tu tak berapa betul sangat. Tu la sebab utama ayah aku tak berani nak pecut laju2 sangat. Dah la dengan nak menempuh jam lagi.
Sampai2 je kat airport, aku, adik & kakak aku terus turun kereta & lari ke kaunter untuk ambik tiket flight. Oh, masa tu aku booking Malindo. Minah yang kat kaunter tu dah pandang aku lain macam gila dah. Lepas tu dia cakap, "Kamu try la masuk, kalau2 boleh lepas". Aku ngan adik & kakak aku apa lagi, terus pecut. Dah la KLIA tu dia punya luas bukan calang2.
Sampai je kat makcik security aku terus tunjuk tiket. Dia respon, "Eh, lambatnya". Ayat keramat tu buatkan aku lagi stress. Sampai je dekat tempat immigration tu kena pulak keluarkan laptop bagai. Lagi la buat lambat. Memang terketaq-ketaq lutut baq hang. Sampai tahap berebut-rebut ngan sorang pakcik nihh. Tak reti nak mengalah langsung. =.=
Lepas tu aku terus pecut dengan 3 beg aku yang berat tahap tak hingat tu. Masa tu memang dah tak fikir apa2 dah. Fikir nak sampai kat gate A11 yang jauh gila tu jek. Trolley yang ada kat situ tu pun aku dah tak pandang dah. Semua orang aku rempuh. Walaupun pilot2 kat KLIA tu muka sikit punya hot pun aku dah tak pandang dah.
Sebelum tu aku tersesat kejap mencari jalan ke gate2 yang sangat banyak & jauh tu. Aku dah tak mampu berlari. Aku hanya mampu jog perlahan-lahan sambil mengheret tiga2 beg aku tadi. Mata yang memandang jangan cakap la berapa banyak ann. Last2 aku dapat satu mesej dari kawan aku yang dah selamat masuk dalam plane tu. Dia mintak maaf & cakap plane tu dah bergerak.
Aku terus campak beg2 aku kat tepi tiang & terus call ayah aku inform yang aku dah tak sempat nak kejar plane tu lagi. Dengan fikiran yang dah lost+give up+penat aku terus carik trolley untuk tempatkan beg2 aku yang dah tak mampu aku nak usung lagi tu. Aku keluar balik kat balai ketibaan & terus terduduk kepenatan. Memang tenaga aku dah habis terus. Adik aku masuk balik dalam airport tu & pick aku. Aku yang dah macam traumatic sebab first time tertinggal flight+ber-Running Man kejap tadi memang dah tak larat nak cakap pape dah.
Lepas adik aku pujuk aku, baru la aku macam tersedar & terus bangun pergi kat kereta balik. Mak aku cakap muka aku pucat gila. Masa otw balik rumah tu pulak temperature kereta ayah aku naik sampai berasap+bau hangit kereta tu. Kami terpaksa berhenti kat line kanan jalan, betul2 lepas traffic light. Memang bingit kejap masa tu sebab kena hon dengan kereta-kereta kat situ.
Lepas dalam 2 jam tersadai, baru la kereta tarik sampai. Tu pun nasib baik ada sorang sedara ni sudi berhenti & tolong kami. Malam tu aku menangis la jugak sebab aku rasa bersalah gila2 punya kat family aku. Aku betul2 dah susahkan+buang banyak duit diorang. Lebih2 lagi kat ayah aku.
Kesudahannya kereta aku kena masuk bengkel balik...
***
2nd Flight
Esoknya tu (hari Khamis) aku terus booking tiket baru. Ayah aku kerja hari Isnin-Sabtu. Ahad baru dia cuti. Sebelum aku book tiket baru tu aku ada la terfikir yang aku nak balik hari Sabtu sebab aku rasa sangat penat lepas kejadian 'Running Man' kat airport tu. Aku fikir kalau aku balik hari Sabtu (which is hari ni!) boleh la aku rehat masa hari Ahad (esok).
Aku berbincang ngan ayah aku & finally ayah aku decided untuk kerja separuh hari je hari ni. Flight aku sepatutnya pukul 4.40 petang tadi, naik Malindo Air jugak sebab itu yang paling 'termurah'. Aku dah tak berlengah lagi untuk second flight ni sebab I've learned from my mistake masa 1st flight tu.
Tup, tup ayah aku pulak tak muncul2. Kereta kami still dalam bengkel lagi. Ayah aku cakap pomen tu nak bagi pinjam kereta dia.
Pukul 2.00pm..
Pukul 2.30pm..
Pukul 3.00pm..!
Kelibat ayah aku tak nampak2 jugak. Aku memang menangis semahu-mahunya hari ni. Sampai bengkak dah mata ni. Ini pun rasa macam ada air mata yang menunggu giliran nak keluar lagi nihh. Aku sedihh sangat. Yela, mana taknya. Termasuk kali ni dah berapa ratus hangus dah. Dengan duit nak pakai untuk repair keretanya lagi. Beribu boleh habis.
Aku tak pernah salahkan ayah aku. Sebab aku tau ayah aku dah banyak berhempas-pulas untuk anak-anak dia. Aku cuma rasa terkilan sikit dengan nasib aku kali ni. Dan aku banyak menyusahkan orang2 sekeliling aku. Ni first pengalaman buruk yang terjadi untuk tahun 2014 ni yang of course akan aku ingat bila dah habis belajar nanti. Mungkin masa tu aku akan ingat apa yang jadi ni sebagai bad memories atau 'sweet memories'.
Apa2 pun aku tetap kena balik Sabah jugak untuk teruskan pengajian aku kat sana. Tadi aku baru booked tiket flight yang ketiga! Kali ni naik Air Asia pulak. Semoga Allah permudahkan segalanya esok. Perjalanan aku dari rumah sampaiii la ke Sabah. Amiin. In shaa Allah.
Aku masih nak belajar lagi & aku takkan pernah berputus asa walau apa pun halangan yang datang. Ujian kali ni akan aku anggap sebagai tarbiyah dari Allah sebagai teguran pada aku and at the same time untuk mengajar aku supaya lebih menitik beratkan tentang kepentingan masa.
Hari ini, minggu ini, bakal jadi sejarah.
Semoga hari esok aku punyai masa depan yang cerah kerna aku bukanlah seorang mujahidah yang mudah menyerah kalah!
Eeewaahh~ =D
Syukran jiddan for reading this entry! ^^v

0 meow~:
Post a Comment