Bila Aku Dah Merepek Macam Ni Lah Jadinya Apa Pun Tak Boleh



Assalamualaikum :)

Haaa. Panjangkan tajuk entry aku? Wahahaha! Sila jelesss.

Sebenonye aku nak buat tajuk macam nih “What’s on my mind”. Tapi macam boring dan hampeh pulak tajuk cenggitu. So suka hati mak tiri laki bini jiran sebelah rumah depan aku la kan nak buat tajuk camni. Haha.

Hmm, lately ni macam-macam yang ligat bermain kat kepala aku ni haa. Even duduk rumah sampai sebulan pun still ada lagi problemo dan benda-benda yang membuatkan fikiran aku tak berapa nak tenang.

******

≈ Haritu result final baru keluar. Aku fikir sem 2 ni elok sikitlah result aku dari sem 1 dulu. Rupa-rupanya makin teruk pulak. Hmmm. Tapi instinct aku cakap “Aku rasa kali ni result ko tak berapa sangat la. So better tak payah nak harap sangat cik Intan.” Ha, macam tu lah yang aku rasa. And kali ni pun aku tak bertangguh-tangguh nak tengok result tu tak macam sebelum ni. Yelah, lagi lama aku hold nak tengok result tu lagi macam-macam yang aku dok pikir.

Tapi agak ‘terpana ku seketika’ jugak la lepas tengok result yang terbentang depan mata tu. Haha. Teghuk gila habaq hang! Dekat sejam jugak la aku dok merenung skrin laptop ni. Memang kaku habih aihh. Mati la aku nak bersemuka dengan dekan fakulti aku yang merangkap sebagai mentor aku jugak tu. Nasib la labuuu..

≈ Result penempatan untuk asrama pun dah keluar sebelum tu. Dan aku tak dapat asrama. Harap maklum. Sekarang ni kami ‘geng-geng budak gila’ sedang bertungkus-lumus dok mencarik rumah sewa sekitar UMS tu. Aku pun dah rasa macam tawar hati nak duduk kat asrama semenjak kes haritu. Lagipun, banyak jugak pros & cons duduk asrama ni. Yang aku nak highlight sekarang ni cons dia jela.

1. Kami dijamin duduk untuk 2 sem je. Lepas tu terkangkang balik nak carik penempatan la, buat rayuan la. Lagipun kalau duduk kat kampung E tu kena aktif sana-sini. Eh, tak kuaso la den nak beraktif bagai dengan result yang serupo tu. Aku pun malasnya pun adoi nak membodek atau apa-apa jelah perbuatan yang sama waktu dengannya kat felo-felo blok tu. Oh like seriously aku sangat tak gemar si kaki bodek hokeyh?

2. Lepas tu kalau dapat roomate yang perangainya ntah hape-hape tak ke buat sakit jiwa raga. Aku takdelah nak cakap perangai aku ni elok sangat tapi I’ve learned from my friends’ experiences. Macam-macam yang jadi. Yelah, selagi namanya manusia of course la banyak ragamnya ye dak? Tapi disebabkan pengalaman kawan-kawan aku yang ada masalah dengan roomate diorang tu sikit sebanyak buat aku terasa fobia pulak. Tapi sikit jela. Mana taknya. Setiap kali aku dengar probs diorang tu aku mesti akan terfikir kalau aku ada kat tempat diorang kuat ke aku nak mengadap masalah camtu? Macam mana aku nak react balik nanti? Ntah-ntah mau aku menggila dalam bilik tu nanti. Haha.

3. Aku rasa takde beza pun tentang masalah transport even duduk luar atau dalam. Kalau kat dalam memang confirm-confirm dah kena bayar duit bas. Dah la driver bas UMS tu buat kerja ikut kepala diorang jek. Banyak kali dah kes bas datang lambat jadi. Aku rasa batch-batch lepas pun mesti ada masalah yang sama.


Pernah satu hari tu bas bukan je setakat datang lambat, pernah jugak sampai tak datang langsung. Last-last kami yang sedang bengang tahap petala kelapan ni terpaksa la berjalan naik bukit semata-mata tak nak miss kelas pagi. UMS tu pulak bukan calang-calang besaunya. Tapi bila dah sampai kat fakulti kami terus serang kafe sebab lapar sangat. Tak masuk jugak kelas pagi kononnya sebab mogok bas datang lambat. Haha.

Aku pun tak nafikan kalau duduk luar lagilah guna banyak duit. Dengan nak fikir pasal kereta or motor sewanya lagi. Tapi boleh je kami guna public transport cuma kena bangun awal sikit la dari biasa. In shaa Allah aku boleh buat kot. Aku rasa pakcik bas luar tu lagi bersistematik kerjanya dari pakcik bas UMS tu. Menghabihkan bogheh den jo.

4. Kalau aku duduk dengan orang yang aku tak kenal mungkin ambik masa sikit nak biasakan diri dengan diorang. Kalau aku ada buat salah ke, meleka ke mesti diorang teragak-agak nak tegur aku. Kalau dengan coursemate aku in shaa Allah diorang takkan tengok aku meleka la kot an. Nak tegur pun takdelah takut-takut sangat sebab kita dah biasa dengan diorang. Cuma kalau nak menegur tu kena berhemah la sikit barulah manusia berhati batu dan keras kepala macam aku ni mau mendengar kata. Yeah.

***

Kadang-kadang aku ada lah jugak terfikir kenapa aku beriya sangat nak buat blog ni. Yelah, orang macam aku ni bukan senang nak bercerita ataupun share pasal hidup aku lagi-lagi untuk tatapan umum. Bila aku dok fikir-fikir akhirnya hati aku pun cakaplah “Takpelah Intan. Bukan siapa sangat pun yang nak baca blog ko tuu. Jangan la kau risau sangat. Mungkin ada guna in future nanti. Who knows right?”

Aku rasa aku nak tulis banyak-banyak kat sini then aku nak share dengan future husband aku atau anak-anak aku ke nanti. Hahaha. Biar diorang baca senyap-senyap nanti. Tak payah la aku nak cerita balik atau flashback ke nanti. Buang air liur jek. Haha. Sebenarnya aku dah terpengaruh dengan cerita dalam novel Hlovate tu. Tapi kira romantik what buat macam ni. Hahahihihoho! ;P

# Siapalahhh future husband aku nanti kann??

Hi, awakk!! *lambai-lambai

Jangan nakal-nakal ye kat luar tuuu! Saranghae!!! *flying kiss.

MUAHAHAHA! ;D



Thanks for reading this entry! ^^v

4 meow~:

  1. hahaha comel je intan part last tu. siapa bakal husband? I wonder.. hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... intan sentiasa sempoi.. husband tu x leh blah.. haha..

    ReplyDelete
  3. intan da mkin jiwang seyhhh....haha :D

    ReplyDelete
  4. perghhhh....intan da mkin jiwang thap karat seyhhh... :D

    ReplyDelete

 
~Intan Wahinah~ Blog Design by Ipietoon