Assalamualaikum..
Yaww dude! Whassup, whassup!
Baiklah. Kali ni aku nak kongsi cerita pasal pengalaman kelat-kelat masin
yang aku dan kengkawan aku (Sofea & Nana) alami sebelum kami mulakan cuti
final sem tahun satu nihh. Macam ni ceritanya..~
Pengalaman kelat-kelat masin ni berlaku masa minggu ketiga final exam
haritu. Minggu ketiga exam memang mostly student akan habis paper diorang kan.
Tapi aku ni agak advanced sikit la sebab last payper aku habis masa minggu
kedua. Senang cerita aku habis dulu la dari kengkawan aku yang lain. Tapi yang
tak berapa nak advancednya aku balik lagi lambat dari kengkawan aku yang takde
la nak advanced sangat tu kan. Muahaha!
Tapi disebabkan Majlis Pentauliahan PALAPES diadakan kat UMS, kami pelajar-pelajarnya
mengalami ‘sedikit’ kesulitan berkaitan penempatan. Apa yang aku tak puas
hatinya sekarang nih adalah sebab orang-orang atasan UMS seperti pihak HEP bagi
setiap kolej kediaman seakan-akan tak ambil berat langsung tentang kebajikan
pelajar.
Aku dan Sofea tinggal kat kampung E. Kenapa kampung? Antik dan uzur sungguh
UMS ni ye? Haha. Takdelah, kat UMS ni kolej kediaman kami panggil kampung
manakala fakulti pulak kami panggil sekolah. Haha. Pelikkan? Okay, back to the
topic. Si Sofea bukan nama sebenar ni duduk kat blok A1. Blok diorang ni adalah
blok pertama yang studentnya kena nyah kau dari situ. Tapi yang menyakitkan
hatinya bila satu hari tu diorang diinform oleh seorang miss yang ntah datang
dari mana ni cakap budak-budak PALAPES akan masuk pada malam tu jugak. Punyalah
pum pang pum pang diorang ni dok mengemas sampai ke senja last-last tak
masuk-masuk jugak si budak-budak PALAPES ni even dua tiga hari selepas tu. Nak dijadikan cerita si Sofea ni pun tumpang
la kat bilik aku which is kat blok B1.
Aku pulak terpaksa suruh roomate aku ambilkan borang penempatan untuk
pelajar yang balik selepas 20hb. Yela, aku dah la ada exam pagi tu. Borang tu
pulak limited untuk 200 pelajar je. Tak ke jenuh aku nak mengejor sampai ke
asrama dengan berbaju kurung gitu. Kalau tersadung dan tersungkur kat tengah
jalan tak ke naya aku terkangkang sampai nampak spender. Haaa..seksi i kejap kat situ nanti uolls.
Aku pulak dengan konfiden level tahap petala kelapannya yakin la yang aku
ni dah tak payah nak susah-susahkan hidup main tukar-tukar bilik macam kawan
aku tu. Tapi tup tup ada satu malam tu aku dapat tau aku pun kena tukar bilik
jugak. FYI, blok aku ni tak perlu dikosongkan sebab pihak HEP jadikan blok aku
tu sebagai penempatan sementara student perempuan. Aku yang memang duduk kat
tingkat tiga dicampak ke tingkat empat. Hah, memang tak gemuk-gemuk la aku
kalau macam ni. Finally, aku dan Sofea pun decide yang kami akan tolak untuk
duduk kat tingkat empat tu. Kami berhijrah la pulak ke kampung CD.
Kat kampung CD ni pulak lain ceritanya. Sebelum hari kami berpindah tu ada
lagi sorang kawan aku ni. Nana namanya. Dia ni pulak tinggal sorang-sorang kat
aras bawah blok dia tu. Pihak HEP kampung dia ni pulak dok bagi kunci pendua
setiap bilik kat cleaner untuk bersihkan bilik-bilik. Diorang ni awal-awal lagi
dah kena ‘halau’ dari kolej tu cuma kawan aku yang sorang ni hardcore sikit
degilnya. Disebabkan perangai dia macam mak tiri sikit so dia ni pernah sound
pihak HEP kolej dia tu dan sekali gus mintak kebenaran untuk check-out lambat
sikit. Sambil menyelam minum air ye dak?
Yang si cleaner ni pulak jenis yang tak reti bahasa even Nana dah tampal
notis ‘Jangan masuk. Bilik ini akan dikosongkan pada 22hb’ kat luar bilik dia.
Pernah ada satu hari tu si cleaner ni masuk nak ambil barang-barang masa si
Nana ni tengah solat. Ada jugak sekumpulan abang-abang maintenance dua tiga
orang yang cuba nak masuk bilik tu. Tak ke kurang hajor tu namanya. That’s why
la aku dengan Sofea pergi teman dia kat situ. SAFETY FIRST hokayh?
Lepas dua hari tinggal kat situ kami diminta untuk keluar dari bilik tu
sebab aras bawah sepatutnya dikosongkan untuk penempatan budak-budak PALAPES
lelaki. Dan bilik tu sepatutnya akan digunakan untuk simpan senjata. Yang kami
pelik sangat kenapa pihak HEP tempatkan budak lelaki PALAPES kat asrama
perempuan dan budak perempuan kat asrama lelaki? Dah la felo perempuan yang
jaga blok siswi tinggal sorang-sorang masa tu. Hurrmmm. Dunia dah terbalik
agaknya.
Kami terpaksa pulak pindah ke tingkat tiga blok siswi yang lain. Itu pun
atas ihsan felo blok tersebut selepas si Nana ni pergi mengadap dia. Ada kawan
aku si Farah ni lagi teruk. Lepas dah kena ‘halau’ dari blok A1 dulu dia pergi
la duduk kat luar dengan roomate cina dia ni. Last-last rumah tu pun diduduki oleh
kaum-kaum adam. Itu pun hanya aras yang jadi pemisah. Bilik kat aras bawah
lelaki duduk manakala bilik aras atas perempuan duduk. Terpaksalah si Farah ni
duduk bertapa je kat dalam bilik tu tak keluar-keluar. Dah la sewanya mahal.
Itu cerita kat Sabah. Sesampainya kat KLIA pulak aku terpaksa tunggu selama
empat jam kat airport dari pukul 4 petang sampai 8 malam sebab kereta ayah aku
tersadai kat tengah jalan. Dengar cerita sampai berasap enjin gua cakap sama
lu. Yang bertambah malangnya aku lost contact dengan parents aku sebab phone
aku rosak. Aku pulak first time balik naik MAS so aku takut la ayah aku
tercari-cari anak bertuah dia ni nanti kan. Selepas duduk tercangkung kat luar
airport tu selama dua jam, aku dengan muka tak tahu malunya ibarat kulit muka
setebal Kamus Dewan Edisi ke-3 merembat phone strangers yang lalu lalang kat
depan aku masa tu. Nak buat cano dah darurat dah masa tu. Last-last pak lang
aku yang ambik aku dan kereta ayah aku terpaksa ditarik.
Kita merancang, Allah yang menentukan. Dan disebabkan itu jugaklah aku
terpaksa gigit jari kaki sebab plan aku untuk belajar memandu yang dah sekian
lama aku rancang untuk cuti ni terpaksa ditunda. Bukannya apa, abang aku suruh
aku belajar memandu dengan dia and tau benda-benda basic dulu baru la ambik
lesen. Yela, takut aku tak pass nanti kann lagi-lagi part nak parking kereta.
Aku ni kan lembab sikit bab-bab praktikal macam ni apa lagi bila baru nak
belajar.
# Mendalah ni jadi masa awal bulan 6 dulu. Baru nak hapdate cite kann? Iolls ni kan Si Pemalas gituu. Ihiks!
That’s all. Adios amigos. =)
Thanks for reading this entry! ^^v
0 meow~:
Post a Comment